Saturday, October 16, 2010

Bela ...

Dulu masa duduk kampung, aku ada bela seekor anak singa .... nama diberi Anne . Nama pun dah menunjukkan ianya seekor berjantina betina.

Tak rmi yg tahu ..aku bela snyap2 je ..

Orang2 kampung pun cover baik dari tidak di hidu jabatan perhilitan . Ye lah, nak bela singa kena amik lesen. Dah tu , nak melayan karenah birokasi utk apply lesen tu ingat aku rajin sgt ke. Tu yg kena bela senyap2.

Aku jumpa Anne ni masa Anne sesat dlm kebun getah belakang rumah aku.

Mcmana boleh terjumpa anak singa? Mana mak bapak singa tersebut ? Itu aku pun tak tahu nak jawab mcmana. Apa yg aku leh ckp, that's what we call miracle dan dunia ni mmg penuh dgn miracle . Cth terbaik, Mas leh kekal dan tidak di undi keluar lebih dari 3 minggu dlm Af. Tak ke ianya juga miracle????

Apabila aku melihat Anne terpinga2 sesat mencari arah dan tujuan, aku terus mendakap dan Anne membalas dakapan aku dgn mesra. Ketika itu, kami dah merasakan chemistry yg wujud antara kami

Setiap kali aku teman abah menoreh, Anne akan turut bersama . Rapatnya kami ibarat 2 insan sedang bercinta .

Kena plak lagu Ella tgh hot masa tu ...mmg feel beb ..

Tp jgn plak korang ckp nafsu aku menuju ke arah binatang, kurang ajo lah tu . Melampau tuduhan tu . Klu ckp depan2 aku, aku kecik ati taww...

Ni kira mesra2 antara tuan dan binatang peliharaan lah


Kalau korang nak tahu, tp klu x nak tahu xper, aku ttp nak bgtaw yg penagih2, atau pencuri2 yg cuba curi getah abah, pastinya akan mengalami luka parah yg penuh berdarah ( dah parah , mmg lah berdarah kan ).

Masing2 heran siapakah gerangannya yg menyerang mereka sampi cedera sebegitu lupa. pendekar mana plak yg abah upah jadi guard . padahal semua tu gara-gara Anne lah, sbb mmg kepakaran Anne ni teknik menyerang hendap tanpa dikesan pihak lawan. Bakat semulajadi rasany.


Tak lama slps itu, aku terpaksa serahkan Anne kat Zoo Johor sbb aku kena pindah JB ..

Giler apa dduk bandaraya bela singa ....Ye tak ??

Pelik gak org ZOo bila aku ckp aku jumpa kebun belakang rumah ..dah tu , klu dah tak percaya sgt aku, pergi lah tnya singa tu ...

Bertahun masa berlalu ...

Aku tak pernah lawat Anne sejak aku serahkan dia kat Zoo. Bukan apa, aku takut aku tak dapat menahan air mata aku menitis ketika melihat dia. Malu lah jantan macho mcm aku nangis sbb binatang. Jatuh kemaluan aku nnti .

Ditakdirkan, smnggu sblum aku kerja laut tmpt jin bertendang ni, berlangsung pameran kecil Zoo Johor di UTM. And tujuan aku ke pameran zoo tersebut bukan lah sbb nak tgok binatang sgt. Tp lebih kepada niat nak menikmati kecntikkan gadis2 student UTM.

Tp, benda yg tak di sangka sangka berlaku. gadis yg ku idamkan, bertemu plak si Anne. tersentak aku nampak dia. Wlupun tubuhnya sudah jauh membesar, tp aku ttp mengenali bhw singa itu adalah Anne. Lama kami bertentang mata. di masa yg sama benda yg berlegar di ingatan aku dan Anne ialah mengingat semula zaman manis berdua bersama ....

Rasa ingin kudakap shj singa yg org lain anggap sgt garang itu . Tp, sbg menghormati Anne sbg seekor singa , yg mmpunyai pride and ego sbg seekor singa, aku takda lah nak peluk2 mesra dan kami hnya sempt mengambil peluang bergambar bersama .

Perasaan rindu dendam ttp kami semat dlm jiwa

Skrg aku ber alih ke arah haiwan akuatik pula...Aku mula bela ikan ... Comel plak ikan2 ni .. nama belum nak bg lg ..klu ada cdgn bg nama ikan2 aku ni, jgn segan sil nak diutarakan .


Ehem :
1. Ni lah gmbar ter akhir aku dan Anne
2. Sila scrol blog aku ke bawah sekali utk melihat ikan2 ku yg comel






5 comments:

Radhi Dahlan said...

Ijan... seyes ko bela Anne nie? Mesti anak singa yang gigit montot abang aku beberapa tahun ari tu anak dia!

aishah said...

ejan.. musti gaya2 kau berjumpe anne camni kan?

http://www.facebook.com/album.php?aid=43322&id=1617473604#!/video/video.php?v=168420079841931

Mohd Jalizan Ibrahim said...

Radhi Dahlan :kalau singa tu ada taik lalat kat puting kiri , ye lah tu kot anak dia ..sbb trademark famili katanya


Aisyah : tidak kerana aku dpt kawal emosi ..btw, org dlm klips ni, ada di jemput dlm oprah and aku tgok dia pnya temuramah , sgt menyayat hati....tiba2 makin rindu anne

~aslizaahmad~ said...

betol ke ni?

err, walaupun tak kenal, aku terjumpa blog encik dan aku suka bace. tq.

Dan sAya FaNa said...

hahahah..sengal!!!

TAK PAYAH percaya. citer dia ni tipu belaka.. saje nak buat org gelak..

oo..bela singa ye.. seb baik abg ijan tak kene ngappp ek!