Ni dah 2 bulan tak update blog, Korang jgn ingt aku dah mati plak ...aku masih wujud di bumi ni wei ..masih berdiri di atas tanah yg berdebu dan keras kematu, masih berkiblatkan Kaabah yg jarak beribu batu , masih lagi mampu berdiri solat menyembah Allah yg satu , dan aku masih bersetubuhkan isteri yg satu..yeehaaaa...
Oit , Entri yg lps kan aku ada bgtaw yg aku akan share pasal salah satu mknn tempatan johor ,
khas org jawa di Muar iaitu Jabal Kunto .. Aku serius ni wei, mmg dipanggil Jabal Kunto .Ja+Bal = Jabal, Kun+To= Kunto
Tapi, ada sesetengah kampung dia tak panggil jabal Kunto , dia panggil Keromos, dan ada yg panggil kundas.
Keromos dgn kundas ni, tak jawa sgt bnyinya. SO, mcm tak cukp pure . Tp yg agak popular, kundas lah ..leh try google. Mamak pun mkn benda alah ni ..
Masa dia dtg dtg Malaya dulu, lepak2 ngumpat dgn org jawa. Orang jawa hidang jabal Kunto ni, then mcm biasa, terus ciplak ..
Nama je lain, tapi ianya menuju jenis makanan yang sama . . Perbezaan nama berlaku kerana ketidak sepakatan pendapat oleh pakar2 dan ulama' - ulama' makanan pada masa lampau .
Masing2 ego dgn hujah dan berkeras dengn ijtihad masing2 sehingga makanan 'legend' ini mmpunyai pelbagai nama.
Dan Lama giler aku nak siap kan bahan untuk entry kali ni .... almost 2 month..
Bahan yg paling susah ialah utk mengambil gambar mcmana Jabal Kunto di buat ..dan satu satunya org yg aku kenal pandai buat Jabal Kunto ialah mak aku ..
Mendapat persetujuan mak supaya gambar beliau dibenarkan di papar kan di alam maya , bukan lah satu yg mudah .
Sifat mak yg sentiasa low profile , mementingkan ketenangan, tidak suka kan tumpuan dan risau di kerumuni oleh wartawan menyebabkan proses mengambil menjadi satu cabaran yg paling gentir bg aku siap kan entry kali ni .
Namun, hati ibu mana lah di dunia ni yg tidak menjadi lembut setelah mendengar rayuan dan pujukan seorang anak lelaki yg pandai mengambil hati dan bermain kata-kata..
Jabal Kunto ni sbnrnya sejenis mknn yg sgt simple bahan2 dan cara mmbuatnya .
Tak mcm dodol yg perlu di kacau sampi nak putus urat kentut.
Tak perlu di di bakar guna sabut kelapa sampi berasap satu kampung spt kuih akok sehingga rosak paru-paru .
Semua tu hazardous beb .
Just tidak lebih 5 bahan , and bbrp bahan masakan asas, Jabal Kunto boleh di siapkan dgn jayanya
Bahan
1. Tepung Gandum
2. Ibu Yis basah - yg kering mak ckp tak boleh. wwalaupun korang beli ibu Yis kering, then siram kasi basah, still tak boleh
3. Air pipe yg dimasak , dan diiktiraf sbg air mutlak - dari segi hukum, air mutlak bermaksud suci lagi menyucikan :)
4. Gula
4. Bahan2 utk sambal kacang (lada kering, kacang tanah and gula )
Alatan
1. Mangkuk utk uli tepung
2. Kuali + mnyak masak.
ok, aku nak jadi Chef Wan kejap ...
Cara-cara membuat Jabal Kunto ..
ting tang, ting tang..bukan Alexander!!!!...
Gaul rata ke semua tepung, yis dan gula. Kemudian, tuangkan air dan dgn menggunakan tangan aje, kacau semua bahan td dengan air tu.
Tak payah uli lama-lama sampai 3 hari 4 mlm plak ..s
Biar skjap, dalam > 30min (leh tutup janji jgn lalat, lipas, tikus, rama-rama, dtg dah lerr…).
Adunan ni tahan hingga semalaman (kalau nk mkn srpn esok paginye tu, mlm leh bancuh & simpan).
Alas tangan dgn tepung sket (agar tak melekat), ambil sket adunan, dlm sebesar bola ping-pong (saiz ikut suka tp jgn tebal sgt),
then leperkan guna rolling pin (board utk meleper tu pun kene diletak tepung sket je)
Tarik nafas, hembus perlahan-dan panaskn minyak. Dgn api sederhana kecil, masuk satu persatu dengan hati yg tenang . Bila satu side dah menggelembung, baru balikkan (flip to the other side).
Dia garing sekejap je, tu yg api kene kecil kalau tak dalam x masak. Then siap di hidang ...
Jgn lupa, pastikan guna mnyak kualiti untuk menggoreng, Zero Kolestrol. Kalu tak, jadi mcm aku, kolestrol tnggi .Dah selabah dok nak kurangkan kolesterol...takut mati cepat...org dosa bnyak , biasa lah ..
Bahan cecah, sambal Kacang ....
Takkan nak wat sambal Kacang pun nak ajar...jgn jahil sangat ok ... Jabal Kunto juga sgt sedap kalau di cecah kuah kari or asam pedas....
See.simple bukan ...
Tetapi, disebalik ke simple'an yg wujud pada jenis bahan dan teknik pembuatan Jabal Kunto itu td, terdapat bbrp ciri-ciri yg diwarisi turun temurun oleh mak yg mana ianya compleks utk diterangkan dgn terperinci sehingga Jabal Kunto mak menjadi sgt istimewa .
SHit!! bapak berbelit ayat ...
Dalam gambar yg di paparkan, boleh dilihat proses menguli tepung dan proses membentuk tepung yg di uli dengan posisi duduk yg tersendiri.
Posisi-posis tersebut mak cakap adalaah posisi terbaik utk melakukan proses-proses tersebut kerana dlm posisi ini, aura dari tubuh paling mudah utk berkolabrasi dgn aura alam semula jadi yg mana aura yg digabung ini boleh menyebabkan jabal kunto yg kenyal, padu dan mudah dikunyah oleh mulut, dan dicerna oleh usus .
POSISI PROSES ULI
Ini benda serius beb , aku bukan main-main. Aku x mahu kehebatan mknn jabal kunto ni akan di telan zaman . Tu yang aku sanggup berkongsi rahsia resepi turun temurun mak aku ni
Jabal Kunto boleh dibentuk dgn apa shj rupa bentuk yg anda mahu dgn tepung yg di uli tadi. Ikut kreatif dan kehandalan jari jemari masing-masing
Mak aku tgh x berapa rajin sbb dia masih ada rasa x selesa gamabr beliau akan di pamerkan di alam maya.
Kalau mood baik, kadang2 mak buat jabal kunto bentuk raksasa, Honda Civic , and kadang2 bentuk KLCC, dan sbb aku minat naruto , sesekali mak uli kasi bentuk Hokage ke-3
Bentuk yg digambar adalah bentuk asal jabal Kunto.
bentuk setelah di uli

.
Ini lah hidangan Jabal Kunto
Sekian ...Wabillah hi taufiq wal Hidayah, wassalamualaikum warah matullah hiwabarokatuh !
2 comments:
oooo...kuih ni ke...kalo di penang org panggil pak tonko, di perak dorang panggil cakoi, kalo d phg lak dorang panggil batang balak..heheh..
Post a Comment