Monday, July 11, 2011

H.L.O

Mcm Haram ...lama giler tak update ...petuih !!!! Sibuk Wei ...

Aku nak update gak arini wlupun citernya bakal membosan kan .

Status FB aku yg berbaur politik mendapat komen yg rancak dari kawan dan lawan . Mcm2 pesen letak komen ....

Tapi aku cuba takkan sesekali aku masukkan bab politik dalam blog aku yg suci ni. Politik itu kotor, dan penyokong yg taksub itu menjadikan ianya semakin kotor ..

*************

Beb , salah satu tugas safety officer selain dari kencing klien, jaga hati crew dan pastikan lauk tidak masin , ialah menjadi Helicopter Landing Officer (HLO)

Utk menerangkan serba ringkas tp boleh tahan panjang nya apa itu HLO , aku nak menggunakan seorang rakan ku sbg model/watak utama , apa kah itu HLO.

Watak utama citer ini ialah Khairuddin Bin Kassim. Salah seorang safety officer di company aku. Kawan-Kawan panggil Kudin.
Musuh panggil pun Kudin.
Klu nama manja kat Yahoo messenger , dia guna nama Lan Kasha . Sweet bukan ?
Klu dia agak-agak nak membawa watak garang, dia tukar nama ke Cannavaro Gagah .
Pose Maut dari abg Kudin/Lan Kasha/Cannavaro Gagah


Yes.. Mata sepet tidak bererti dia bukan melayu. Dia mmg melayu dan klu Mawi jadi kebanggan bagi Felda Taib Andak, Kudin plak adalah bintang pujaan Felda Semenchu.Menjadi kegilaan anak dara,menjadi sebutan kaum janda ,menjadi idola bg anak-anak muda dan menjadi kebanggan kaum tua. Itu lah dia Kudin/Lan Kasha/Cannavaro Gagah.

Klu dalam company kami, kudin dikenali sbg the most knowledgeable Safety Officer.
Aku suspect, dia ni ada darah2 Jepun, saki baki
dtg Serang Johor dulu . Tapi tak nak lah speculate lebih2.. Dosa .

Iitu sedikit Intro psl Kudin.

Sbb tajuk ialah HLO, maka mari kita kembali ke pangkal jalan, dgn menerangkan sikit apa itu HLO.

HLO ni tugas dia ialah mengetuai operasi ketibaan/pelepasan chopper/helikopter di offshore samada kapal atau platform . Itu penerangan yg lebih detail, sila klik link sini . aku malas nak terang dan korang jgn malas sgt nak mmbaca. Takkan semua nak kena suap .. damn ..

Utk menjadi seorang HLO , pertamanya Kudin kena menghadiri Latihan di pusat Latihan yg di iktiraf oleh Klien . ( Petronas/Shell/Exxonmobil and etc) .

Biasanya , mana yg Petronas iktiraf, klien lain akan iktiraf, tp mana yg klien lain iktiraf, Petronas belum tentu nak iktiraf.
Biasalah syarikat Melayu, kena ada sifat sombong . Tp sesekali sombong di tanah air sendiri mmg bagus, cuma klu sombong dgn kaum sendiri tu yg mcm celaka .

Training Center

Dalam Latihan ini Kudin akan di ajar teori dan praktikal dan kekuatan dalaman dgn intensif. Dan sbg the most knowledgeable Safety Officer, Kudin menerima ilmu yg di ajar dgn bgitu mudah. Nama kudin sentiasa menitis di bibir para Trainer sehingga dicemburui2 rakan-rakan sejawatan.

Kudin tidak bersendirian dalam proses menerima ketibaan chopper kerana terdapat beberapa pembantu di bawah kelolaan beliau , as required by procedure . Mereka itu ialah Fire Fighting Team , Helideck Assistant and Loader.

Mereka ini akan di menjalani latihan dan penerangan yg dikoordinasi oleh kudin. Prestasi mereka juga akan dinilai kudin dari semasa ke semasa.

Kudin dan ahli pasukannya

Apabila chopper nak sampai , kudin akan bersedia dgn konco2 nya . Pilot hnya akan mendarat selepas mendapat green light dari kudin . Bukan lah kudin tnjuk lampu warna hijau . Dgn suara yg di control lunak mach0 nya, kudin berkata " Helideck safe for landing" dgn walkie talkie , baru lah Chopper leh mendarat.


Chopper landing selepas diperkenan Kudin

Nampak tak besar nya perana kudin . Klu kudin ckp kat Pilot tu
'Kau berambus lah darat, aku malas layan'.
Maka chopper kena berambus. No choice beb .
Cumanya slps itu , kudin akan diberambus kan dari company , tak kira lah tinggi mana pun knowldege kau tu kudin

Dipendekkan cerita, slps chopper selesai mengambil/menurunkan penumpang dan berlepas semula je darat, Segalanya di anggap selesai.

Kudin akan berehat utk menenangkan minda . Biasanya dia akan ber karaoke . Suara tak sedap mana, tp penghayatan lagu,showmanship sekali lagi mmg menjadi sebutan rakan-rakan .

0 comments: